Kereta Sewa Johor Bahru

King Car Rental ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Johor Bahru, Johor. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Johor Bahru, Johor.
Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Johor. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.





Saturday 16 December 2017

16 Tempat Makan Menarik di Johor Bahru (2017) Wajib!

Menyebut Johor, terdapat beberapa perkara yang sinonim dengan negeri di selatan Semenanjung Malaysia ini seperti Legoland, pasukan bolasepak JDT, UTM, TMJ,Gunung Ledang, Tambak Johor dan pelbagai lagi mercu tanda lama dan terbaru.

Malah tidak ketinggalan juga makanan-makanan asal Johor yang kebanyakannya berasal daripada resipi orang Jawa. Oh tempat makan menarik di Johor Bahru, JB!


16 Tempat Makan Best di Johor Bahru Patut Cuba

#1 Asam Pedas Botak

145, Jalan Lumba Kuda, Johor Bahru
Asam pedas dan Johor sememangnya tidak dapat dipisahkan. Asam pedas yang terkenal biasanya dijumpai dan dikaitkan dengan Parit Jawa dan juga Kota Laksamana sebagai tempat makan asam pedas.
Namun, disini kami kongsikan tempat makan asam pedas yang sedap dan patut cuba di JB ini. Apabila sebut sahaja asam pedas yang sedap di JB, nama restoran ini sering menjadi pilihan biasanya.
Tempat ini dikatakan menyediakan asam pedas yang sedap di JB. Masakanan dikatakan lengkap daripada sudut kepedasan dan kepekatan. Menu lain yang boleh dicuba disini adalah nasi ayam penyet. Ikannya dikatakan segar. Menu wajib apabila anda berada di sini adalah asam pedas dan ikan goreng.
Kami pasti, anda sudah boleh membayangkan kesedapan ikan goreng dimakan bersama-sama kuah asam pedas. Aduh!
Related image
Kedai makan ini beroperasi daripada hari Isnin sehingga hari Sabtu. waktu operasi pula daripada 6 pagi sehingga 4 petang. Kedai ini ditutup apda hari Ahad.

#2 Onn Kitchen

Jalan Tarom (Kampung Bahru) 80100 Johor Bahru
Di Restoran On Kitchen, ada pelbagai menu yang boleh di cuba dan sedap disini apabila dilihat daripada pendapat orang ramai. Ada yang mencadangkan untuk mencuba menu lempeng bersama sambal tumisnya. Manakala ada yang menyarankan untuk mencuba roti canai, meehun sup dan nasi lemak. Nasi lemak sambal parunya dikatakan sedap dan mendapat pujian ramai.

 Related image
Selain itu, daging lembu dan kambing BBQ juga mendapat pujian ramai.Perapan daging cukup rasa. Pelbagai masakan kegemaran orang Malaysia dan masakan barat dapat anda jumpa di sini.

#3 Restoran Sayam

Lorong Melati 4 (Taman Melati) 81200 Johor Bahru
Jika anda inginkan kelaianan, dan mahu masakan Thai, restoran ini mungkin pilihan terbaik. Seperti biasa, pelbagai menu ala Thai dapat anda jumpa di sini. Dalam banyak-banyak menu, menu siakap stim lemon sangat disyorkan bersama tom yam Chiang Mai.

 Image result for Restoran Sayam
Dua menu ini sememangnya mendapat pujian ramai tentang masakan tomyamnya dan menjadi menu ‘hot seller’ di sini, betul? Selain itu, untuk peminat kerabu, jangan lupa juga untuk mencuba masakan kerabu di sini.

#4 Kacang Pool Haji

Medan Selera Larkin Bomba 80000 Johor Bahru
Kedai makan ini sudah tidak asing jika di JB. Kedai yang wajib kami pergi jika berada di JB.  Seolah-olah macam rumah mak ayah pula bunyinya. Kami pasti anda juga akan bersetuju dengan kami. Kedai yang dimasukkan adalah kedai Kacang Pool Haji. Menu utama di sini adalah Kacang Pool.

 Related image
Untuk yang pertama kali mendengar tentang menu kacang pool, menu disini menyediakan set roti bakar yang dimakan bersama-sama kuah pekat yang terhasil daripada kacang pool. Telur mata turut diletak di atas kuah untuk dimakan bersama-sama

#5 Kopi Keju

34, Jalan Nibong 17 (Taman Daya) 81100 Johor Bahru
Sejak fenomena pisang cheese, kita dapat lihat konsep gerai atau restoran yang menjual pisang cheese. Untuk peminat yang suka masakan berkonsepkan pisang goreng, jom terjah Kopi Keju.

 Related image
Tidak banyak untuk kami ceritakan tentang restoran ini. Berdasarkan tajuk, anda boleh tahu menu utama yang patut anda pesan jika di sini. Pisang goreng cheese coklat dan pisang goreng cheese oros antara menu yang dipesan.

#6 Haji Wahid Mee Rebus

L1-2 Plaza Angsana (Jalan Tampoi) 80120 Johor Bahru
Kedai Haji Wahid Mee Rebus boleh dikatakan kedai makan legenda di JB. Ianya telah lama wujud dan mempunyai sulur galur sejarahnya tersendiri. Ianya bermula daripada Wak Baidali yang menjual mee rebus pada tahun 1918 sebelum anaknya Haji Wahid mengambil alih perniagaan tersebut pada tahun 1938.
 Image result for haji wahid mee rebus
Kedai makan ni juga mungkin dikenali sebagai Mee Rebus Baidali. Boleh dikatakan resepi turun temurunlah juga. Untuk peminat jalan-jalan cari makan, jangan lupa untuk terjah tempat makan ini.

#7 Murtabak Majid Special Cheese No1

No. 38 Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru
Jika anda ingin merasai murtabak yang menarik, lokasi ini mungkin anda boleh terjah. Murtabak ini tidak seperti murtabak normal yang biasanya anda makan. Tetapi ini adalah murtabak cheese.
  Related image
Untuk mendapat gambaran tentang menu ini, bayangkan murtabak normal yang dimasak bersama-sama cheese.

#8 Village Briyani Cafe

No. 15 Jalan Susur 1/1 (Jalan Tun Abdul Razak) Johor Bahru
JB juga mempunyai kedai makan yang menyediakan masakan India yang autentik. Ianya tidak jauh daripada Danga City Mall.
 Related image
Pelbagai jenis briyani ada di sini untuk dicuba mengikut pendapat ramai. Antaranya adalah briyanid udang, kambing dan juga ayam. Antara banayak-banyak masakan dan menu briyani yang ada, briyani udanglah yang banyak disebut dan mendapat pujian ramai.
Bolehlah datang ke sini jika anda ingin mengetahui apa itu briyani udang.

#9 Bubur Nasi Istimewa No. 1

Jalan Sutera, Taman Sentosa
Kedai makan ini juga antara tempat makan kegemaran kami jika ingin berkinjung semula ke JB. Bubur nasi Istimewa ini merupakan kedia makan yang menyediakan bubur nasi. Walaupun sekadar bubur, ianya sesutau yang menarik untuk kami.
 Image result for Bubur Nasi Istimewa No. 1
Sedikit sukar untuk mencari tempat letak kereta di ini. Namun, kami percaya ianya berbaloi untuk dikunjungi. Terdapat pelbagai deretan kedai makan/warung sepanjang lorong ini. Sebut sahaja, InsayAllah ada sahaja kedai yang menjualnya.
kembali semula kepada kisah bubur, bubur di sini didatangi dalam satu set yang mempunyai beberapa lauk seperti ikan bilis, telur masin dan juga sayur. Lauknya pula banyak dan boleh dikatakan tidak terhabis.

#10 Warong Saga

Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor 80100
Warong Saga ini juga wajib dan menarik untuk yang mencari masakan atau menu yang lain daripada yang lain. Apa yang sedap dan wajib cuba makan di sini adalah tauhu gorengnya. Boleh dikatakan menu yang berada dalam carta atas.
 Image result for warung saga mahmoodiah
Selain itu, menu lain yang anda boleh cuba di sini adalah lontong kering dan laksa Johor. Kami pasti,anda tidak akan menyesal. Walau bagaimanapun, gerai ini sukar untuk dicari untuk yang pertama kali l datang. Untuk memudahkan, anda bolehlah jadikan kolej RIMA sebagai petunjuk.
Kedai ini penuh dengan gambar. Tentang kenapa kedai makan ini dinamakan Warong Saga, ianya sebenarnya sangat berait rapat dengan kereta proton Saga yang dilancarkan pada tahun 1986, sama waktu kedai makan ini dibuka.
Kedai makan ini beroperasi daripada pukul 7 pagi sehinggalah tengah malam dan ditutup pada hari Isnin.

#11 Restoran Din BBQ / TUTUP Hanya Kenangan

32, Jalan Bestari 6/2, Taman Nusa Bestari, Johor Bahru
Tempat makan menarik di JB dimulakan dengan Restoran Din BBQ yang menyajikan hidangan grill terbaik di Johor dengan makanan laut dan  juga daging serta ayam yang dipanggang sempurna. Restoran ini menawarkan kelainan dalam rasa panggang yang amat menarik.
Kita boleh memesan apa sahaja makanan mengikut selera masing masing. Malahan kadar pemanggangan juga boleh ditetapkan kerana ada pelanggan yang gemarkan daging masak sepenuhnya dan ada juga yang gemarkan daging berjus di dalamnya.
Uniknya, kerja-kerja pemanggangan dilakukan sendiri oleh pemiliknya demi menjaga kualiti dan keaslian rasa BBQ di restoran ini. Daripada udang, sotong, ayam sehinggaah kepada kambing, hidangannya cukup mengasyikkan ditambah dengan kuah BBQ yang amatlah sedap.

Selain masakan panggang, terdapat juga makanan lain seperti nasi lemak dan sebagainya malahan pada waktu makan tengahari restoran ini turut menghidangkan asam pedas kepala ikan yang tidak kurang hebatnya. Terletak berhampiran Legoland, anda perlu menjengah restoran ini jika ke sana kerana harganya juga amat berpatutan.

#12 Roslin Beriani House

14, Jalan Rebana, Kebun Teh, 80250 Johor Bharu
Jika anda di Johor dan tidak menikmati nasi beriani gam, anda telah melakukan kesilapan yang amat besar kerana di sinilah beriani gam bermula dan pastinya ia asli serta amat sedap. Walaupun bukan Muar, tetapi keaslian nasi beriani masih boleh dirasai di Roslin Beriani House yang terletak di Kebun Teh.
Dengan nasi lembut yang berperisa serta berempah beriani yang melekat, anda boleh memilih lauk pauk beriani yang terdiri daripada ayam, daging sehingga kepada kambing yang dimasak amat sedap dan dengan mudah menjerat deria rasa anda.
Bermula dengan pembuka selera seperti acar buah dan nenas yang dimasak berempah, anda akan seterusnya dihidangkan dengan nasi beriani yang sedap bersama lauk pauk pilihan.
 Related image
Kita boleh cuba mengelakkan waktu makan tengahari di sini yang menyaksikan restoran ini penuh sesak tetapi selepas daripada waktu tersebut, kita hanya perlu pasrah dengan apa saja yang tinggal. Makanan di sini amat baik dengan harga yang boleh dikatakan amat berpatutan tetapi kualiti servisnya perlu dipertingkatkan.

 #13 Kapten Steamboat & Grill

8/10 Jln Susur Tun Razak (Taman Suria Muafakat), 80200 Johor Bahru
Kapten Steamboat & Grill merupakan pilihan bagi anda yang gemarkan makanan steamboat dalam suasana yang selesa dan santai. Restoran ini menampilkan hiasan dalaman yang amat indah dengan tema inggeris dan lautan.
Restoran ini turut memiliki kemudahan yang amat selesa termasuklah tempat solat serta kawasan permainan untuk kanak-kanak.
Makanan di sini juga tidak dapat dinafikan kualiti dan kesedapannya. Menu steamboat boleh dipesan secara buffet atau set bergantung kepada minat dan kuantiti makanan. Ia hadir dengan sos yang juga sedap. Komponen steamboatnya juga segar dan pelbagai.
 Image result for Kapten Steamboat & Grill
Selain steamboat terdapat juga menu ala carte seperti nasi, mee dan sebagainya untuk dicuba. Seperti nama restoran ini, ia juga turut menghidangkan makanan grill bermula daripada ayam, daging, kambing ataupun makanan laut. Malah kambing grill di sini dianggap antara yang terbaik di Johor Bharu.
Restoran ini juga sesuai untuk makan malam berkeluarga atau bersama rakan-rakan. Ia juga sesuai untuk sebarang majlis berskala sederhana. Harganya amat berpatutan dibandingkan dengan kualiti servis serta makanannya.

#14 Restoran Singgah Selalu /TUTUP Hanya Kenangan

36D, E, F, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru
Restoran Singgah Selalu bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan di JB. Setiap warga JB pasti tahu malah kemungkinan besar pernah menjamu selera di restoran ini. Ia juga sudah beroperasi berbelas tahun yang lalu. Terletak di sebelah lebuhraya Danga Bay, tugas mencari restoran ini juga bukanlah kerja yang susah.
Restoran ini menghidangkan makanan daripada pelbagai genre dan menunya juga sarat dengan makanan. Apa sahaja yang anda mungkin terfikir untuk makan, pasti terdapat di sini. Daripada menu tradisional, menu makan malam biasa ala goreng-goreng sehinggalah kepada makanan barat semuanya boleh di pesan di sini.
Malah kualitinya juga amat tidak menghampakan. Akan tetapi, menu yang paling popular di sini adalah nasi goreng seafood  yang sudah masyhur sejak lama. Nasi goreng ini sarat dengan seafood dan amat berbaloi membayar harganya. Begitu juga chicken chop blackpepper yang juga amat menyelerakan.
Di sini juga adalah tempat terbak berkumpul bersama rakan-rakan untuk bersantai mahupun menonton bolasepak kerana suasana yang agak meriah dan santai. Terdapat juga pentas untuk persembahan ‘live band’. Walaupun ada yang mengatakan makanannya mahal tetapi amat berbaloi.

#15 Restoran Seafood di Muara Sungai Pendas

Muara Sungai Pendas, Gelang Patah, Johor
Walaupun tempat ini terletak di Gelang Patah, namun sukar untuk dikeluarkan daripada senarai JB kerana ia memang tempat makan seafood yang terbaik. Jaraknya dengan JB tidaklah terlalu jauh tetapi ia lebih dekat dengan Nusajaya.
Di muara Sungai Pendas ini terdapat dua restoran yang bersaing secara sihat iaitu Restoran Tanjung Nelayan dan juga Restoran Terapung Pendas.
Image result for Restoran Seafood di Muara Sungai Pendas
Kedua-dua restoran menyajikan makanan yang hampir sama dengan kualiti terbaik yang juga setaraf. Cuma masing-masing memiliki rasa yang tersendiri.
Pastinya menu di kedua-dua restoran ini adalah menu makanan laut seperti masakan udang, ikan, sotong, ketam, kerang-kerangan yang boleh dipesan mengikut resipi pilihan anda. Malahan terdapat juga daging serta ayam yang juga dimasak dengan baik. Menu sayuran serta tomyam dan sup juga tidak ketinggalan dan tidak kurang hebatnya dari segi rasa. Selain itu, terdapat juga menu ala carte seperti nasi goreng dan mee.
Suasana restoran ini amat mendamaikan dengan latar pokok-pokok bakau serta pemandangan negara Singapura yang boleh dilihat dengan jelas di seberang laut.

#16 Medan Steamboat Lotun Van di Dataran Bandaraya

Dataran Bandaraya Johor Bahru
Tempat makan malam paling ‘happening’ di JB pastinya di Dataran Bandaraya JB iaitu medan selera Lotun Van yang amat unik dan popular. Hidangan di sini adalah steamboat kerana sememangnya ia bertemakan steamboat. Semua lotun van menawarkan menu yang sama tetapi persaingan di sini amat sihat kerana pengunjunngnya juga amat ramai.
Setiap van mempamerkan komponen-komponen steamboat masing-masing yang pelbagai dan amat banyak untuk dipilih. Anda pasti akan mengambil masa untuk memilih komponen yang anda gemari. Harga setiap cucuk adalah berbeza dan ditandakan dengan warna pada pencucuk tersebut.
Boleh dikatakan masing-masing mempunyai kreativiti tersendiri untuk mempamerkan makanan malah ada yang bijak menyesuaikan cucuk masinng-masing agar kelihatan menarik. Tetapi rasa sos masinng-masing adalah berbeza. Bagi pengunjung yang kerap pasti sudah boleh memilih van yang serasi dengan citarasa masinng-masing.
Image result for Medan Steamboat Lotun Van di Dataran Bandaraya
Selain steamboat dan yong taufoo, terdapat juga van yang menghidangkan makanan popular Johor seperti tauhu bakar dan juga bakso sebagai pilihan lain. Sambil makan, kita boleh bersantai sebelum berjalan-jalan di dataran JB di bawah naungan jam besar di situ.

Kesimpulan

Terlalu banyak tempat makanan yang terbaik di JB untuk dicuba samada waktu malam ataupun siang. Tetapi enam belas tempat tersebut adalah yang popular dan menjadi kelaziman masyarakat sederhana di JB.

Mungkin ini bukan pilihan terbaik anda tetapi cukup sekadar panduan dan idea bagi sesiapa yang tidak biasa dengan JB. Semoga anda menyukai artikel tempat makan terbaik di Johor Bahru ini. Jangan lupa share atau like kalau menarik.

0 comments:

Post a Comment