Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.
Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya
haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari
amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah
haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban
kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan
seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s
kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta
ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya
dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih
anaknya itu









0 comments:
Post a Comment